Khamis, 6 Jun 2013

Sijangkang Homestay , Jalan Sempadan Batu 7 , Telok Panglima Garang

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah.... akhirnya berjaya juga saya mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan ke dalam blog ini untuk memberi gambaran jelas dan serba sedikit info mengenai homestay yang saya usahakan dan apa yang ada dikampung Sijangkang .

Saya tahu ini belum cukup lengkap untuk menceritakan tentang apa yang terdapat disini...tetapi insyaAllah jika diberi masa dan kesempatan dilain kali saya akan cuba dan berusaha untuk memaparkan serba sedikit tentang Kampung Kelahiran Arwah Ayah Mertua saya yakni Haji Jairi...

Sebelum pelawat2 semua meneruskan untuk melihat gambar-gambar yang telah saya letakkan dibawah ini...mohon pelawat2 semua menyedekahkan sepotong Doa atau Al Fatihah untuk kesejahteraan roh arwah ayah mertua saya disana....amin .

Terima Kasih.....


Dari jalan besar masuk tadi...terus jer sampai jumpa sign LOT 8691 ni disebelah kanan baru berenti dan ambik laluan sebelah kiri untuk menuju ke homestay....
Laluan masuk ke Homestay Haji Jairi
Selamat Datang.....!!
yeahhhh....njoi in the house
masa untuk berehat kini lebih bermakna...njoiiii
Sebahagian ruang tamu...
Untuk beribadah...Al-Quran,sejadah,surah yasin dan telekong
Bilik Air
Pinggan mangkuk untuk kegunaan

Antara peralatan untuk memasak

 Sinki...






Antara peralatan dan dapur untuk memasak


apur yg berfungsi dengan baik dan sentiasa dijaga rapi....

peti ais ni baru jer tambah....



  
Masjid Jamiul Ehsani di Kampung Sijangkang 


Jalan besar yg boleh menghubungkan dari satu lorong ke satu lorong






Kedai dan Restoran Hajah Yamah boleh dikunjungi untuk membeli keperluan atau untuk mengisi perut...
Antara dua laluan....yg mana satu pilihan anda...??? anak panah kekiri menghala ke Banting ( teluk panglima garang,teluk dato,morib jugra dll )....anak panah kekanan menghala ke Klang ( bukit tinggi ,andalas , GM , pelabuhan )
Petang yg indah sewaktu perjalanan pulang ke Puchong....Selamat Tinggal

Sabtu, 24 November 2012

Bulan Paling Sesuai Menginap Di Homestay Haji Jairi Sijangkang



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...lama kelamaan Homestay Haji Jairi di Sempadan Sijangkang ini sudah semakin dikenali dan mendapat tempat dikalangan semua...

Terima Kasih atas kesudian dan penerimaan atas serba sedikit kekurangan Homestay ini kepada semua yg pernah bermalam disini....saya sedaya usaha cuba membuat Homestay ini selesa dan terasa seperti berada dirumah sendiri....


Alhamdulillah baru2 ini saya telah dapat membeli sebuah peti ais untuk diletakkan di Homestay HJ ini...saya harap selepas ini tetamu2 Homestay HJ ini akan lebih selesa....

Dan paling menggembirakan hati saya kali ini ialah kerana musim rambutan juga telah pun bermula...nampaknya rambutan kali ini agak banyak berbuah...untung pada yg datang menginap di Homestay HJ saya bulan ini...kerana saya amat menggalakkan tetamu2 memetik dan menikmati buah rambutan yg sedang elok masak didahan pokok yg rendang dengan sepuasnya...tiada sekatan untuk memetik atau larangan untuk memakan dan tiada caj tambahan akan dikenakan untuk dinikmati....

Saya juga sedang mengusahakan supaya Astro Njoi dapat segera dipasang untuk hiburan melepaskan penat tetamu2 dari jauh...pakej sudah dipohon cuma belum mendapat balasan dari pihak Astro....

Walau nanti semua kemudahan dan keselesaan Homestay HJ bertambah...anda semua tak perlu risau tentang bayaran kerana ianya akan terus kekal  Rm100 untuk 1malam...sebab saya dan sekeluarga waris kepada Arwah Haji Jairi semua ingin meneruskan dan menyambung serta mencontohi sifat pemurah Arwah Haji Jairi...moga2 apa yg kami sekeluarga lakukan ini sedikit sebanyak dapat meyumbang pahala untuk arwah dialam sana...InsyaAllah

Jadi setakat ini sahaja tulisan saya untuk blog ini....andai ada salah dan silap serta kekurangan atau indah khabar dari rupa semasa menginap di Homestay HJ ...mohon ampun dan maaf dari saya sebagai orang yg bertanggungjawab sepenuhnya keatas Homestay HJ...

Sekian Wassalam....