Selasa, 31 Januari 2012

Selamat Datang / Welcome / Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Terima Kasih tak terhingga kepada tetamu2 blog terbaru saya ini.Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan kepada semua satu lagi usaha saya untuk memanfaatkan apa yg telah diamanahkan oleh arwah bapa mertua saya yang tersayang kepada saya.Saya juga menggunakan nama arwah bapa mertua saya sebagai tanda hormat dan mengingati segala usaha dan hasil titik peluh beliau dalam membesarkan dan mendidik anak2nya sehingga berjaya.

Walaupun beliau tiada lagi didunia ini tetapi kasih sayang dan kebaikkan beliau terhadap saya dan seluruh ahli keluarga masih lagi kami rasakan.Semasa rumah ini masih didiami oleh saya sekeluarga beliau selalu datang menjenguk dan sentiasa memberi saya sokongan untuk memajukan serta mengusahakan apa sahaja yang perlu untuk menambah hasil.Beliau sentiasa percaya pada minat dan kemahuan saya yang amat suka berusaha mencari pendapatan sampingan terutamanya dalam bidang perniagaan.

Satu waktu dulu beliau pernah menyuruh saya agar membina sebuah gerai kecil2lan untuk saya berniaga...walaupun kayu sudah dibawa modal akan diberi kalau diminta tetapi Allah swt lebih mengetahui segalanya...hasrat beliau tidak dapat saya penuhi...apabila beliau telah dipanggil kembali menghadap penciptanya dan saya juga telah kembali untuk menjaga dan duduk bersama ibu mertua.Oleh kerana saya tidak ingin melihat impian beliau terhenti setakat itu lalu saya usahakan sebuah homestay menggunakan nama beliau pada tanah pusaka yg diwariskan untuknya dengan rumah yang dibina hasil usaha dan titik peluh beliau suami isteri menoreh getah dan juga di tanah kampung kelahirannya sendiri...saya harap ia akan menjadi simbol kegigihan pada keturunan dan generasi seterusnya pada masa akan datang...InsyaAllah

Dengan lafazsaya merasmikan Blog HomeStay Haji Jairi di Sempadan Kampung Sijangkang....semoga usaha saya akan membuahkan hasil dan hasilnya akan dikongsi bersama waris2 yang lain...


**dedicated to my beloved father in law Almarhum Haji Jairi Bin Gozali....al-fatihah

Tiada ulasan: