Sabtu, 24 November 2012

Bulan Paling Sesuai Menginap Di Homestay Haji Jairi Sijangkang



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...lama kelamaan Homestay Haji Jairi di Sempadan Sijangkang ini sudah semakin dikenali dan mendapat tempat dikalangan semua...

Terima Kasih atas kesudian dan penerimaan atas serba sedikit kekurangan Homestay ini kepada semua yg pernah bermalam disini....saya sedaya usaha cuba membuat Homestay ini selesa dan terasa seperti berada dirumah sendiri....


Alhamdulillah baru2 ini saya telah dapat membeli sebuah peti ais untuk diletakkan di Homestay HJ ini...saya harap selepas ini tetamu2 Homestay HJ ini akan lebih selesa....

Dan paling menggembirakan hati saya kali ini ialah kerana musim rambutan juga telah pun bermula...nampaknya rambutan kali ini agak banyak berbuah...untung pada yg datang menginap di Homestay HJ saya bulan ini...kerana saya amat menggalakkan tetamu2 memetik dan menikmati buah rambutan yg sedang elok masak didahan pokok yg rendang dengan sepuasnya...tiada sekatan untuk memetik atau larangan untuk memakan dan tiada caj tambahan akan dikenakan untuk dinikmati....

Saya juga sedang mengusahakan supaya Astro Njoi dapat segera dipasang untuk hiburan melepaskan penat tetamu2 dari jauh...pakej sudah dipohon cuma belum mendapat balasan dari pihak Astro....

Walau nanti semua kemudahan dan keselesaan Homestay HJ bertambah...anda semua tak perlu risau tentang bayaran kerana ianya akan terus kekal  Rm100 untuk 1malam...sebab saya dan sekeluarga waris kepada Arwah Haji Jairi semua ingin meneruskan dan menyambung serta mencontohi sifat pemurah Arwah Haji Jairi...moga2 apa yg kami sekeluarga lakukan ini sedikit sebanyak dapat meyumbang pahala untuk arwah dialam sana...InsyaAllah

Jadi setakat ini sahaja tulisan saya untuk blog ini....andai ada salah dan silap serta kekurangan atau indah khabar dari rupa semasa menginap di Homestay HJ ...mohon ampun dan maaf dari saya sebagai orang yg bertanggungjawab sepenuhnya keatas Homestay HJ...

Sekian Wassalam....

Tiada ulasan: